Produksi Jerangkung Dalam Almari (filem)

Filem Jerangkung Dalam Almari menjalani penggambaran pada April 2019 selama 26 hari dan dijadualkan untuk tayangan sekitar 2020, tertunda akibat pandemik dan PKP, akhirnya menemui penonton pada 4 Ogos 2022.

Lagu Jerangkung Dalam Almari dendangan Wings diambil menjadi lagu tema filem ini kerana ia bukan saja berkongsi mesej yang sama dengan filem, tetapi lagu ini juga sering menjadi siulan anak muda pada tahun 90an yang pada waktu itu penulis skrip dan pengarah Shadan Hashim masih belasan tahun.

Menurut pelakon utama Dato’ Adi Putra, filem Mat Kilau ialah sebuah kisah perjuangan menentang penjajah yang datang dari luar. Manakala filem Jerangkung Dalam Almari pula ialah tentang iman dan bagaimana menentang penjajah yang datang dari dalam diri.

Dalam sesi ujibakat, Sophia Albarakbah yang pada waktu itu masih belum dikenali, dipilih menjadi pelakon wanita utama setelah mengenepikan tujuh pelakon wanita lain yang ternama.

Filem ini menggunakan khidmat pengarah fotografi terkenal, Indra Che Muda yang pernah terlibat menjayakan filem-filem “pecah panggung” seperti Jangan Pandang Belakang, Ngangkung, Misteri Dilaila dan Penunggang Agama 1 & 2.